Bunyi yang di keluarkan oleh kenderaan di hadapan ku ini selalu menjadi penghibur ku ketika aku mengelamun keseorangan. Nasi Kandar Pelita, 149 Jalan Ampang 55000 Kuala Lumpur adalah lokasi kegemaran aku untuk makan sarapan pagi dan kadang-kadang lepak pada waktu senggang. Lagi pun kediaman mewah aku terletak di Tingkat 5, Hampshire Apartment, Persiaran Hampshire, Ampang, Kuala Lumpur. Mempunyai tiga tambah satu kamar tidur termasuk kamar belajar dan lima kamar mandi termasuk tandas. Tapi aku tinggal seorang diri di kondo yang mewah ini.
............................................................................
Hai! Nama aku Khairul Fandi atau nama manja aku Caroline dan aku sangat selesa dipanggil Caroline. Aku berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Aku mempunyai masalah dengan identiti jantina ku sebab tu orang panggil aku Caroline dan aku sangat selesa dipanggil Caroline. Aku masih cuba untuk menyelesaikan masalah ini kerana masalah ini membawa aku kepada pelbagai masalah yang lebih besar. Antaranya keluarga aku yang menyisihkan aku terutamanya Babah sehingga aku terpaksa membawa diri atau lebih tepat lagi lari dari rumah sebelum waktu subuh. Benci sangat dia dengan aku sebab aku ni lembut macam perempuan. Suka sangat bergaul dengan perempuan. Tapi bukan kalau suka bergaul dengan perempuan ni dianggap playboy ke? Ibu pula langsung tak membenci aku. Aku kesian dengan Ibu sebab aku adalah anak yang paling manja dengan Ibu dan ibu mesti sedih sebab tinggalkan dia. Aku terpaksa Ibu.
Ibu faham perasaan aku dan ibu tidak langsung menyalahkan aku sebab aku lembut; sebab aku pondan; sebab aku bapuk; sebab aku nyah. Begitu juga aku. Aku tindak pernah menyalahkan Ibu atau Babah. Tuhan pun aku tidak pernah salahkan. Qada dan Qadar boleh diubah dengan usaha dan doa. Konsep Rukun Iman yang Keenam ni memang aku selalu prektikalkan bila aku mengenangkan masalah identiti jantina ni.
Aku menyalakan rokok Salem kegemaran aku. Ini dah batang yang ketiga selepas aku sarapan tadi. Aku hairan kenapa sedap sangat rasa rokok Salem ni sampai menjadi pilihan aku dan segelintir wanita-wanita yang berkemampuan untuk merokok. Wanita ni kadang-kadang show off je lebih. Nak tunjuk yang dia tu hero, bukan heroin.
"Aney! Rokok Salem satu kotak hantar sini" pekik ku dengan suara garau yang aku cuba haluskan agar menjadi merdu di telinga orang awan. Semua pandang aku semacam. Macam nampak hantu. Aku tarik muka.
"Apa pandang-pandang? Tak pernah nampak orang ke?" Aku bingkas bangun dan blah dari kedai tu. Aku patah balik pergi kaunter bayar dan blah lagi sekali. Patah balik lagi ambil rokok Salem dan air teh o limau tapau aku.
Dengan bongkak aku matikan sistem penggera kereta BMW 6 Series dan masuk dalam kereta BMW 6 series.
Aku pecut ke kondo mewah aku.
hahaha, percubaan yang bagus, penggunaan lokasi2 di kl yang hebat, sambungannya?
ReplyDeleterilek. cari2 idea bikin hot lg.
ReplyDeletesudah invite ka abang metro ?
ReplyDelete