Dari Nasi Kandar Pelita aku memandu kereta BMW 6 series menyusur Jalan ampang kemudian membelok ke Persiaran Hampshire untuk ke kediaman tingkat 5 menghadap KLCC ku di Hampshire Apartment.
Aku masuk ke dalam rumah dan kemudian memasang TV. Tengok-tengok kalau ada rancangan tv yang menarik. Kemudian aku menuju ke bahagian dapur dan mengambil sebiji gelas yang besar untuk aku isikan dengan teh o limau tapau aku tadi.
Seperti sedia maklum, rumah aku ni memang mewah dan aku tinggal sendirian. Bagaimana aku dapat semua ini sedangkan aku bukan mempunyai pekerjaan yang tetap. Tapi ini yang membuatkan aku lebih senang untuk bekerja. Kerja aku kebanyakannya di rumah ini. Di dalam sebuah bilik yang memang aku khaskan untuk membuat kerja.
Kerja aku bukan mudah sangat dan memerlukan idea-idea baru. Idea-idea itu akan aku buatkan satu atau lebih proposal berdasarkan kehendak client aku. Jangan fikir aku ni lembut-lembut tidak tahu bagaimana nak cari duit halal. Halal atau tidak semua tu ditangan Tuhan. Benda begini ni selalu manusia ingin ambil alih.
Berbalik kepada kerja aku. Aku ni bekerja sebagai freelance untuk mencipta pelbagai idea baru. Termasuklah rekaan bangunan, rekaan fesyen, rekaan kenderaan, rekaan dalaman rumah, rekaan cerita, rekaan laman web rekaan kuih muih dan rekaan resepi. Ini adalah antaranya, sebenarnya banyak lagi. Bila idea aku jual, nama aku akan terpadam sebab tu aku tidak seglamor mana. Dan orang pun tidak tahu siapa aku. Lagipun aku ni lembut. Tak kuasa aku nak jadi glamor. Nanti macam-macam fitnah orang kepada aku seperti artis-artis kita sekarang ni yang kena fitnah macam-macam, lain pula yang fitnah diri sendiri untuk menarik perhatian orang-orang kenamaan.
Berat pula mata aku.
Aku masuk ke dalam bilik dan melucutkan semua pakaian ku. Di atas tilam Jane sedang terbaring tidak berpakaian.
erm,cerita ko byk element of surprise..aku ingatkan kerja die ialah ehem2,rupanya freelance..
ReplyDelete