tanggal 7 bulan desember , aku agak busy mengemas itu dan ini. dumbell, seluar sendat , boxer koyak, baju kemeja lama dan pelbagai barang lagi yang mungkin aku lupa kemudiannya. satu satu di kira, baju dalam 3 , rokok gulung 4 ..
semua persiapan disediakan untuk ke destinasi mencabar ..
'pasti semuanya lengkap' monolok aku dalam nurani. jangan ada yang tertinggal, nanti susah tiada kupiah hendak ke masjid menunaikan kewajipan. yah, kain pelikat buat selimut ketika di kapal nanti juga sudah dilipat disimpan rapi.
kemas kemas . 3 beg .
aku mula kira-kira ..
satu kepala 20kg max . 3 kepala ? aku bingung . sudah lama tidak mencongak. walaupun matematik tingkatan 5 boleh tahan geraid, tapi kali ini bingung . mungkin teringat Mocha Usun . ah ! macammana boleh teringat dia ketika ini . mungkin hujan sebentar tadi, rasa sejuk meningkatkan rasa natural seorang lelaki .
jam 10.05 am akan tiba ke destinasi . naqiuddin sedia dengan kereta beliau mengangkut aku di lapangan.
akan ku gempur seluruh ceruk kota metro ini
siap sedia Kuala Lumpur.
gudluck....
ReplyDeletesama.....gudluck....
ReplyDelete