sebenarnya anak 'dato' ni senior kepada bustaman sesuatu ketika di alam high school dahulunya. selepas sekian lama meninggalkan sekolah bustaman pernha berjumpa 4 kali dengan beliau. nampaknya beliau senang dipanggil haji walaupun beliau bukan lah dalam golongan warga emas.
kali pertama perjumpaan bustaman dengan haji kelihatan haji begitu tangkas dalam acara2 mengangkat diri dan bapanya yang bergelar dato'. what the fish!! gumam bustaman di dalam hati. bustman sudah berasa gusar dengan personaliti haji.
scene2 dengan haji bustaman masih segar dalm ingatan. setiap kali berjumpa dengan haji adalah disebabkan oleh rakan bustaman yang mempunyai kaitan 'perniagaan' dengan haji.
1st : di kedai makan (atas dasar lama tidak berjumpa)
2nd: di restorant dalam hotel
3rd: di sekolah lama bustaman dengan haji (majlis alumni)
4th: di tmpt makan kota kinabalu (semalam)
bit2 keroncong dan rancak bermain di benak bustaman. bustaman rasakan bustaman tidak begitu kena dengan haji. di bawah adalah sedikit detail ttg apa yang bustaman rasanya ketika dengan beliau.
1st: bustaman dan rakan sampai serentak dengan haji di kedai makan. seorang lagi senior bustaman secara tidak sengaja membaling kertas kepada bustaman. bustaman senyum. 'jangan layan dorang ni mcm dulu lagi' haji bersuara menegur rakannya.
bustaman sebenarnya tidak kisah disebabkan rakannya itu bustaman sudah biasa bergurau senda. tetapi bustaman respect dgn haji yang bersikap professional. dalam sesi 3 jam bersama beliau, bustaman hanya dapat berkata sedikit kebanyakan haji yang berkata-kata.
2nd: haji nampaknya terlewat 30 minit daripada masa atas alasan tertidur. semasa bersalaman haji menarik tangan bustaman sehinggakan bustaman tergerak sedikit kehadapan. 'macammana ni berdiri pun tidak teguh' kata haji. sungguh kurang hajar haji kita ni. mula menampakan ke tidak professionalnya. dalam sesi berbincang dgn 3 orang yang lain beliau sering kali memotong serta memberhentikan percakapan orang lain. haji sempat mempromote daging keluarannya kepada kami yang sudahpun berada di pasaran tempatan. bustaman sebenarnya hanya ingin bertanyakan tentang pinjaman yang bustaman hendak buat maklumlah beliau lebih tahu hal2 ekonomi. selesai abis berbincang, barulah bustaman menanyakan persoalan beliau.
haji: aik rupanya kau ni berseluar buntak sja(buntak bermaksud pendek)
bustaman: ajk sukan la katakan (sebenarnya bustaman lebih selesa mengenakan seluar pendek, dan sebenarnya tidak berancang awal pun untuk menemui beliau di hotel. ini pun disebabakan rakan bustaman memberikan pendapat agar bustaman berjumpa beliau untuk bertanyakan secara 'direct'. 'senang' kata rakan bustaman)
bustaman: bang, selain dari tekun, dimana lagi boleh buat pinjaman perniagaan? masalah tekun ni lambat mau keluarkan pinjaman.
haji: tekun dan sme la selalu.
selepas itu beliau bercakap dengan rakan bustaman. bustaman sudah rasakan sedikit janggal. adakah beliau ingatkan bustaman ingin gunakan orang 'dalam' dan menggunakan beliau untuk kesenangan peribadi bustaman dalam membuat pinjaman. bustaman hanya mendiamkan diri. tujuan bustaman mengajukan persoalan dengan beliau adalah kerana beliau arif lebih daripada bustaman tentang institusi kewangan.
haji menaiki kereta rakan bustaman kerana kereta beliau berada jauh sedikit dari hotel. setelah sampai bustaman hanya keluar untuk bersalaman dengan beliau. rakan bustaman mengiringi haji ke kereta untuk menanyakan perihal 'bisnes' dengan haji. bustaman memberikan mereka privacy untuk berbincang.
bersambung..
0 comments:
Post a Comment